AKSI minggu ke-10 saingan Liga Super 2024/2025 menyaksikan Kuala Lumpur (KL) City FC kenduri gol menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu.
Dalam aksi tersebut, kapten The City Boys, Paulo Josue muncul wira apabila meledak hatrik dalam memastikan kemenangan milik skuad Warga Kota.
Lebih manis lagi, jaringan yang diledak oleh Josue itu menjadi detik penting dalam sejarah bola sepak Kuala Lumpur apabila dia berjaya memecahkan rekod yang dipegang oleh Fandi Ahmad untuk menjadi penjaring terbanyak skuad Warga Kota itu.