MALAYSIA akhirnya berjaya layak ke saingan Piala Asia secara merit selepas 43 tahun menanti. Kejayaan itu hadir selepas kepimpinan Kim Pan-gon berhasil merealisasikan impian yang sudah lama tertangguh.
Lazimnya, apabila sesebuah pasukan bola sepak berjaya layak ke pusingan akhir sesebuah kejohanan sebesar Piala Asia, pastinya hype akan meningkat. Satu negara akan dilanda ‘demam’ kerana teruja melihat pasukan kebangsaan sendiri akan turun bertarung.
Tetapi, walaupun bakal bertemu dengan pemain handalan seperti Son Heung-min dan Kim Min-jae, suasana di Malaysia seakan sendu dan menganggap layak ke Piala Asia cumalah satu perkara kecil.