SUKAN Olimpik 2024 telah menjadi medan bagi pelbagai momen indah dalam kalangan atlet. Kejohanan itu tidak hanya menampilkan aksi-aksi hebat tetapi juga memaparkan semangat kesukanan, persahabatan, dan keazaman yang tinggi.
Sehubungan itu, setiap acara pastinya mempunyai cerita yang tersendiri. Terbaharu, atlet pecut dari Laos, Silinia Pha Aphay menerima pujian dalam kalangan penyokong sukan seluruh negara.
Manakan tidak, atlet berusia 28 tahun itu sanggup berpatah balik usai menamatkan lariannya bagi membantu pelari pecut Sudan Selatan, Lucia Moris terpaksa diusung keluar selepas cedera ketika acara saringan 100 meter wanita di Stade de France, Saint-Denis, Paris pada Jumaat.