ATLET para negara, Ziyad Zolkefli mengakui cintanya terhadap Paris, namun tidak mahu hilang fokus dengan mengadakan lawatan ke City of Light ketika ini.
Ini kerana atlet berusia 34 tahun berkenaan memiliki misi untuk memecahkan rekod dunia, sekali gus meraih pingat emas dalam acara lontar peluru pada penampilan keempatnya di temasya Paralimpik.
“Saya pernah berada di sini dan bandar ini cukup cantik, tetapi saya akan melawatnya kemudian hari. Saya pernah beraksi di Paris sebelum ini, iaitu pada Kejohanan Dunia dan dua Grands Prix.