Dengar Suria

Sukan

Pamer reaksi marah ketika duduk di bangku simpanan, bintang muda Liverpool dinasihat pindah kelab lain

PEMAIN tengah muda Liverpool, Harvey Elliott  dinasihatkan untuk mempertimbangkan meninggalkan skuad The Reds selepas dilihat berang selepas kemenangan pasukannya ke atas Newcastle United dengan keputusan 2-0 pada Khamis.

Bintang skuad bawah 21 tahun England itu tidak diturunkan sepanjang perlawanan yang menyaksikan pasukan kendalian Arne Slot melebarkan jurang di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada 13 mata.

Meskipun menjadi antara pemain yang kerap digunakan oleh Jurgen Klopp musim lalu, Elliott hanya membuat 17 penampilan setakat ini, dengan 10 daripadanya di Liga Perdana dan hanya empat kali sebagai pemain utama.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%