MUSIM perpindahan pemain mula hangat diperkatakan selepas Liga Super 2024 melabuhkan tirainya, dan Selangor FC menjadi antara pasukan awal yang menyaksikan perubahan apabila pemain tengah import, Yohandry Orozco, mengumumkan perpisahannya dengan kelab itu.
Pemain kelahiran Venezuela itu mengesahkan perkara berkenaan menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya bersama skuad The Red Giants.
“Terima kasih atas segalanya Selangor FC, semoga berjaya. Terima kasih kepada peminat atas semua sokongan! Terima kasih Malaysia!,” tulisnya di laman Instagram peribadi miliknya pada awal pagi Khamis.