KIRA-KIRA sebulan lagi saingan Liga Malaysia (Liga M) akan menemui penyokong domestik dan penantian menghitung hari sebelum pertandingan pertama dimulakan iaitu pada 3 Mei 2023, para peminat akan dihiasi dengan kempen pramusim.
Walaupun hanya sebilangan kecil kelab yang sudah melaksanakan kempen pramusim namun tindakan awal mereka mendapat pujian daripada penyokong sendiri kerana ia adalah cara sesuai untuk mencari kesebelasan utama terbaik pasukan.
Pasukan seperti Perak FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Negeri Sembilan FC (NSFC) antara yang sudah melakukan beberapa perlawanan persahabatan dalam siri pramusim mereka.