HASRAT skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan untuk menjuarai Kumpulan H tidak kesampaian selepas tewas 0-1 kepada Thailand pada aksi Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Stadium Chonburi, Bangkok, Thailand pada Selasa.
Dalan perlawanan tersebut, skuad kendalian E. Elavarasan tidak menghasilkan penyudah tajam untuk membocori pintu gol Thailand.
Malah, jaringan tunggal penyerang Thailand, Yotsakon Burapha pada minit ke-20 itu sekali gus memusnahkan harapan Malaysia untuk layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2024.