Dengar Suria

Sukan

Nombor plat Wilayah hangatkan konspirasi ‘gangguan’ mercun kem Pohang menjelang aksi lawan JDT

MENJELANG aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), ‘perang’ awal sudah berlaku antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pohang Steelers apabila dikhabarkan hotel kelab Korea Selatan itu didakwa menjadi sasaran penyokong skuad Harimau Selatan.

Pasukan bimbingan Park Tae-ha dijadualkan akan berkunjung ke laman JDT, Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor bagi aksi terakhir Kumpulan Zon Timur ACLE pada petang Selasa.

Bagaimanapun, persediaan Pohang diganggu selepas portal Sportal Korea melaporkan individu-individu yang tidak bertanggungjawab menyalakan bunga api dan mercun di luar hotel penginapan pasukan itu di Johor Bahru.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%