BINTANG bola sepak Brazil, Neymar mencuri perhatian ramai apabila dia menaiki kapal terbang mewah berharga 172 juta pound (RM1.01 bilion) ketika berangkat dari Paris ke Riyadh, minggu lalu.
Neymar tiba di Arab Saudi minggu lalu bagi melengkapkan perpindahan bernilai 78 juta pound (RM456.81 juta) dari Paris Saint-Germain ke Al-Hilal.
Kapal terbang Boeing 747 itu adalah milik Putera Arab Saudi, Al Waleed bin Talal yang meminjamkannya kepada Neymar secara percuma.