NAMA atlet cantik tenpin boling negara, Natasha Mohamed Roslan terus menjadi bualan ramai selepas mengharumkan Malaysia dengan pencapaian yang diraih olehnya.
Bukan sahaja dalam negara malah nama Natasha juga terkenal di seantero negara selepas kejayaan meraih pingat emas acara individu pada Kejohanan Dunia 2023 di Salmiya, Kuwait pada Oktober lalu.
Dalam pada itu, menjelang Kejohanan Thailand International Open 2024 di Bangkok, Thailand bermula 21 Julai sehingga 3 Ogos, Natasha dilihat sudah cukup bersedia untuk sekali lagi melakar kejayaan peribadinya.