KETIADAAN pencabar lain memastikan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub menjadi calon terbaik memimpin badan induk itu untuk penggal akan datang.
Mohd Joehari dijangka hanya menunggu masa diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden FAM selepas menjadi calon tunggal yang layak untuk menggantikan tempat Tan Sri Hamidin Mohd Amin.
Beliau yang sedang menghitung hari menunggu kongres pemilihan badan induk berkenaan pada 15 Februari depan memberitahu bahawa akan mengikuti legasi Hamidin dalam menambah baik industri bola sepak tanah air.