WALAUPUN kejohanan Piala Asia 2023 sedang berlangsung, namun ia tidak menghalang daripada khabar angin perpindahan pemain terus menjadi topik perbincangan menjelang musim baharu akan bermula pada April ini.
Antara pasukan yang sedang hangat dengan cerita kemasukan pemain baharu ialah Terengganu FC (TFC) lag-lagi selepas skuad Sang Penyu baru sahaja melepaskan 12 orang tonggak mereka pada Disember musim lepas.
Antara para pemain yang bakal meninggalkan kelab adalah Adib Zainuddin, Azarul Nazarith, Rahmat Makasuf, Habib Haroon, Liridon Krasniqi, Jordan Mintah, Adisak Kraisorn, Omid Nazari, Sardor Kulmatov, Mohamad Shafawi, Fazli Ghazali dan Sony Norde.