KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) menafikan yang mereka membenarkan perkhidmatan e-hailing di negara membenarkan pelanggan mereka membida harga.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata perkara itu tidak diketahui olehnya dan telah meminta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk melakukan semakan terhadap perkara tersebut.
“Saya akan minta APAD untuk lihat perkata itu, tetapi setakat ini memang tidak ada apa-apa yang kita benarkan lagi,” kata Anthony.