DUA bintang tempatan, Kalamullah Al-Hafiz (Selangor FC) dan Safawi Rasid (Terengganu FC) berebut gelaran Pemain Terbaik Bulanan (POTM) Liga Super bagi Februari.
Mereka berdepan tiga lagi pencabar, salah satunya adalah bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jese Rodriguez, pemain Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue dan penyerang Kuching City FC iaitu Jordan Mintah.
Persembahan Kalamullah dan Safawi pada Februari begitu penting buat kelab masing-masing dalam dan ia tidak dipandang sepi.