Dengar Suria

Sukan

Mike Mahen, Liek Hou dinobat Atlet Terbaik Anugerah SAM-100PLUS 2022

JAGUH bina badan negara, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dipilih sebagai pemenang untuk Anugerah Atlet Terbaik 2022 pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022 pada Selasa.

Atlet berusia 50 tahun berkenaan mencuri nama apabila membawa pulang gelaran juara dunia buat kali kelima dalam kariernya semasa Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia bertempat di Phuket, Thailand pada Disember tahun lalu.

Syarul Azman yang juga dikenali sebagai Mike Mahen dipilih sebagai atlet terbaik negara apabila menewaskan empat calon lain, iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton), Lim Kok Leong (snuker), Muhammad Aniq Kasdan (angkat berat) dan Ng Joe Ee (gimrama).

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%