LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan empat kategori harga tiket perlawanan akhir Piala FA 2024 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada 24 Ogos nanti.
Perlawanan akhir Piala FA itu akan mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor FC.
Dengan harga serendah RM50, penyokong tanah air sudah boleh menikmati secara langsung pertembungan hebat kedua-dua pasukan gergasi tanah air berkenaan.