“JANGAN risau, tarikh sepak mula akan diumumkan tidak lama lagi”.
Itu jaminan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam selepas jurulatih Pahang, Fandi Ahmad mempersoalkan mengenai perkara berkenaan.
Fandi sebelum ini ingin mengetahui tarikhnya lebih awal supaya pengendali kelahiran Singapura berkenaan boleh membuat perancangan lawal untuk pasukannya musim depan.