NAMA mendiang B.Sathianathan tampak tidak lekang dari bibir bekas pemain kebangsaan, S. Subramaniam selepas ditanya siapakah individu yang dia akan jadi jika bergelar jurulatih dalam program Astro Arena, Bola itu Life yang dikendalikan Faiz Gurun dan Keeshmatstats, baru-baru ini.
Subramaniam berkata, dia memilih banyak aspek kerana sukar untuk membuat pilihan siapakah individu yang dia mahu jadi jika bergelar jurulatih satu hari nanti.
“Sangat susah untuk menjawab, majoriti untuk banyak aspek, kalau dari segi taktikal mungkin saya akan memilih ‘coach’ Sathianathan ‘blend with’ Bojan Hodak sikit.