DI sebalik aksi garangnya dalam gelanggang, Novak Djokovic merupakan pemain tenis yang berhati baik.
Baru-baru ini, Djokovic dilihat meninggalkan wawancara langsung dengan sebuah stesen televisyen untuk memujuk lawannya yang sedang menangis.
Detik penuh beremosi itu berlaku sejurus Djokovic mengalahkan Grigor Dimitrov dalam perlawanan akhir Paris Masters pada Ahad.