BEKAS pemain dan pengurus bola sepak negara Datuk M. Karathu menyifatkan arena bola sepak negara kehilangan seorang legenda dengan pemergian Shaharuddin Abdullah akibat penyakit asma di Hospital Taiping, Perak pada Khamis.
Beliau berkata, Allahyarham Shaharudin yang pernah menjadi rakan sepasukannya ketika beraksi dalam Pestabola Merdeka tahun 1965 merupakan seorang pemain yang berbakat besar dan sukar ditandingi ketika itu, terutama apabila diberikan tanggungjawab bermain di bahagian penyerang.
“Ketika kami bermain mewakili pasukan negara pada Pestabola Merdeka tahun 1960-an, dia masih muda, namun sudah menjadi penjaring yang handal, malah tendangannya juga laju selain banyak menjaringkan gol untuk pasukan.