ARSENAL memberikan Ruben Amorim rasa pahit kekalahan apabila menumpaskan Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, London.
Kemenangan 2-0 yang diraih pada pagi Khamis waktu Malaysia itu cukup penting buat skuad Mikel Arteta dalam misi menghambat Liverpool di persada liga yang keciciran mata bertemu Newcastle United.
Pertemuan Arsenal dan United jelas penting buat kedua-dua kelab berdasarkan keadaan semasa serta status perlawanan itu sebagai antara aksi terbesar bola sepak Inggeris.