KERJAYA profesional pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menjalin kerjasama dengan syarikat peralatan sukan dari Taiwan, Victor dan pastinya akan membantu kewangan kesinambungan karier mereka.
Pasangan nombor 12 dunia itu secara rasmi memulakan perjalanan baharu mereka sebagai pasangan profesional pada Isnin selepas memutuskan untuk berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Victor membuat pengumuman mengalu-alukan kehadiran Sze Fei-Izzuddin ke dalam pasukan mereka dalam laman media sosial mereka. Pasangan beregu itu merupakan keluarga baharu Victor selepas sebelum ini juga menjadi penaja utama untuk Lee Zii Jia.