KEPUTUSAN Malaysian Football League (MFL) untuk meluaskan saingan Liga Super kepada 16 pasukan pada mulanya kelihatan baik. Namun begitu, ia menerima cabaran apabila dua pasukan iaitu Melaka United dan Sarawak United menarik diri.
Menjadi liga 14 pasukan, Liga Super musim 2023 berjaya dilangsungkan walaupun masalah kewangan dalam kalangan kelab bertanding masih lagi ada.
Kini diancam dengan liga mungkin menjadi lebih kecil kepada 13 pasukan, kemeriahan Liga Super dijangka akan semakin suram. Situasi ini menimbulkan perbincangan dalam kalangan penyokong, wajarkah MFL menjemput kelab luar bertanding?