CABARAN besar menanti Kedah Darul Aman (KDA FC) apabila menerima kunjungan Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada Sabtu.
Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Manuel Ott berkata, Sang Kenari akan beraksi dengan cara mereka tersendiri tanpa sebarang tekanan dan paksaan untuk bertemu JDT di halaman sendiri.
“Semestinya kami teruja dengan perlawanan esok (Sabtu) tanpa sebarang paksaan atau tekanan untuk melayani kunjungan JDT. Kedah akan bermain dengan cara kami tersendiri.