MANCHESTER United dilapor bersedia membuat keputusan mengejut melepaskan khidmat penjaga golnya, Andre Onana apabila pengendali pasukan itu, Ruben Amorim sudah mengenai pasti dua calon penjaga gol muda.
Prestasi Onana menimbulkan kontroversi apabila dia dilihat melakukan banyak kesilapan yang merugikan pasukan menyebabkan United mahu dia meninggalkan Old Trafford ketika ada tawaran bakal diterima dari kelab Arab Saudi.
Pasukan pemantau bakat United ketika ini sedang mengikuti secara dekat perkembangan penjaga gol Royal Antwerp, Senne Lemmens, 22, yang dilapor turut mendapat perhatian Newcastle United dan West Ham United.