MALAYSIA sedia menjadi tuan rumah bagi perlawanan dalam Kumpulan I Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Palestin dan Australia yang dijadual berlangsung pada 21 November nanti.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, pihaknya telah menghubungi Kedutaan Palestin dan memaklumkan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah perlawanan itu di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur.
“Kami telah menghubungi Kedutaan Palestin petang tadi (Khamis) dan membuat tawaran kami kepada mereka untuk menjadi tuan rumah perlawanan antara Palestin dan Australia di Stadium Bola Sepak Cheras, Bandar Tun Razak bulan depan,” katanya dalam hantaran di laman sosial X.