MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh lega siasatan terhadap kes pemain bola sepak kebangsaan negara iaitu Faisal Halim masih diteruskan selepas ramai gusar dengan status tiada tindakan lanjut atau No Further Action (NFA) yang dikeluarkan pihak polis.
Sebelum ini, peguam yang mewakili Faisal menyatakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengklasifikasikan kes tersebut sebagai NFA kerana tiada sebarang bukti baharu diperolehi berhubung siasatan.