JOHOR Darul Ta’zim (JDT) berjaya dalam misi mengumpul tiga mata penuh pada perlawanan ketujuh Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite 2024/25 menentang Central Coast Mariners di Australia pada Selasa.
Pada babak pertama, serangan demi serangan dilancarkan wakil tunggal Liga Super itu tidak membuahkan hasil kerana mereka bergelut untuk memecahkan tembok pertahanan tuan rumah.
Padah melanda skuad Harimau Selatan apabila pada minit ke-24 permainan, rekrut baharu pasukan iaitu Roque Mesa terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.