KEPUTUSAN pemain sayap Brazil, Antony meninggalkan Manchester United dan menyertai Real Betis secara pinjaman pada jendela perpindahan musim sejuk membuahkan hasil positif.
Penampilan pertamanya dalam La Liga menyaksikan Antony meraih anugerah pemain terbaik perlawanan setelah pasukannya membawa pulang satu mata penting dalam pertemuan dengan RCD Mallorca pada 3 Februari lalu.
Rentak cemerlangnya diteruskan ketika berdepan Celta Vigo lima hari kemudian, apabila dia menjaringkan gol pertama buat kelab baharunya. Namun, gol tersebut tidak dapat mengelakkan pasukannya daripada mengalami kekalahan.