Dengar Suria

Sukan

Lupakan trauma kemalangan dirempuh lori 10 tan, Elvsius John lengkapkan hatrik emas di Kuching

HAMPIR berputus asa selepas kehilangan kaki kiri dalam kemalangan jalan raya kira-kira 10 tahun lalu, atlet Sabah iaitu Elvsius John tidak mempunyai pilihan selain bergantung sepenuhnya kepada kekuatan lengan, yang memberi nafas baharu kepadanya.

Elvsius sekali lagi membuktikan kehebatan lengannya apabila menyapu bersih ketiga-tiga pingat emas, malah unggul meleburkan rekod temasya dalam kesemua tiga acara berbeza disertainya, pada Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024, di Kuching, Sarawak.

Pemain berusia 30 tahun itu melengkapkan hatrik emasnya edisi kali ini dengan memenangi acara lempar cakera F57 (kecacatan fizikal) dengan jarak pemecahan rekod 32.18 meter (m), memadam rekod sukan terdahulunya 31.99m yang dicatatkan pada edisi 2022.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%
Path: /terkini/sukan/lupakan-trauma-kemalangan-dirempuh-lori-10-tan-elvsius-john-lengkapkan-hatrik-emas-di-kuching/