TONGGAK tengah berpengalaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim memberi bayangan mengenai masa depannya bersama kelab Harimau Selatan menjelang musim 2025/26, sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam di laman X, Safiq dilaporkan berkemungkinan besar akan bersara.
“Lupakan sekejap bola sepak, ada rezeki jumpa lagi, Safiq Rahim on masa depan bersama JDT, kekal beraksi atau bersara,” katanya.