PERANCANG tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin, memberi bayangan bakal menjanjikan aksi kebangkitan dalam pertemuan kedua menentang Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada 26 Mac ini, lapor Stadium Astro.
Tonggak Sabah itu mengakui episod duka di bumi Muscat tempoh hari perlu dilupakan segera dan mengambil pelajaran dalam memperbaiki segala kelemahan menjelang aksi keempat minggu depan.
Pemain tengah skuad kebangsaan itu beraksi baik pada separuh masa pertama sebelum dikeluarkan pada babak kedua permainan dan menyaksikan pasukan negara terpaksa akur dengan kekalahan 0-2.