PEMAIN Melaka City Venom, Abdul Muizz Canacan Adtud sudah bersedia untuk memberikan persembahan terbaik dalam saingan Liga Super Bola Keranjang yang akan membuka tirainya tidak lama lagi.
Ditanya mengenai perasaanya apabila diberi peluang beraksi di Liga Malaysia, Abdul Muizz bersyukur kerana menurutnya ia merupakan satu penghormatan besar untuk dirinya sebagai seorang warganegara Filipina.
“Pertama sekali, saya berasa bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada liga ini dan bermain dalam Liga Malaysia adalah suatu penghormatan besar serta peluang yang amat mengujakan bagi saya.