KELAB Liga Super, Selangor FC akan menjadi tumpuan terutamanya pada 10 Mei ini apabila mereka turun berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah.
Dengan beberapa persiapan dilakukan menerusi aksi pramusim di Thailand serta kejohanan Selangor Asia Challenge (SAC) 2024, skuad kendalian Nidzam Jamil semakin bersedia berdepan Harimau Selatan.
Namun begitu, timbul perkhabaran mengatakan yang Selangor bakal terbang ke luar negara iaitu Indonesia untuk beraksi dalam kejohanan jemputan di sana.