SEMENTARA menunggu masalah tungakan gaji tahun lepas diselesaikan, Kuala Lumpur (KL) City FC sedang berusaha ingin membuka lembaran baharu pada saingan Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025.
Antara perkara positif yang dilakukan pihak pengurusan skuad Warga Kota setakat ini ialah memperkenalkan pengendali baharu, Miroslav Kuljanac atau lebih dikenali dengan nama panggilan Kuljo dari Croatia bagi menggantikan Nenad Bacina.
Selain itu, pasukan Lembah Klang berkenaan juga tidak ketinggalan untuk menandatangani beberapa pemain seperti pertahanan warisan, Nick Swirad dan S. Sharvin sebagai penyerang sayap kanan.