SKUAD Harimau Malaya secara rasminya akan menguji kekuatan New Zealand pada 14 Oktober nanti.
Perkara tersebut disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan pada Jumaat.
“Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini ingin mengesahkan bahawa skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti akan mengadakan Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang pasukan ranking ke-94 dunia, New Zealand,” katanya.