Dengar Suria

Sukan

Lepas konsert Coldplay, TMJ ‘up’ gambar terkini padang SNBJ

KONSERT Coldplay yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu lalu menerima sambutan cukup menggalakkan apabila dianggarkan lebih 76,000 penonton hadir.

Bagaimanapun, penganjuran tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat bola sepak tanah air dengan venue berkenaan akan digunakan untuk aksi final Piala Malaysia pada 8 Disember nanti.

Kegelisahan itu dilihat kian memuncak apabila pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Idris berkongsi sekeping gambar memaparkan keadaan padang sedikit rosak selepas konsert berkenaan tanpa sebarang ‘caption’, sekali gus mengundang polemik dalam kalangan peminat fanatik bola sepak tempatan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%
Path: /terkini/sukan/lepas-konsert-coldplay-tmj-up-gambar-terkini-padang-snbj/