PENYOKONG Terengganu FC masih menghitung hari untuk melihat kembali aksi penyerang Croatia, Ivan Mamut selepas bintang import Sang Penyu itu sudah kembali ke bumi Darul Iman pada bulan lalu.
Mamut dilaporkan mengalami kecederaan ‘Tendon Achilles’ di kaki kirinya memerlukan pembedahan bagi memulihkannya.
Oleh itu, Mamut dihantar ke Finland untuk menjalani rawatan tersebut.