HASRAT penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk menyaksikan kelibat bintang K-League, Osmar Barba, bersama skuad Sang Kenari musim depan tidak kesampaian apabila pengurus pasukan berkenaan, Zul Fadli Rozi, menafikan kehadiran bekas pertahanan FC Seoul tersebut, lapor Stadium Astro.
Ini selepas pemain kelahiran Sepanyol berusia 35 tahun itu dikaitkan untuk ke bumi Hijau Kuning berkenaan oleh media Korea Selatan setelah kontraknya tidak dilanjutkan.
“Saya tidak tahu macam mana media Korea boleh keluarkan berita itu, jadi saya menafikanlah perkara tersebut.