PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola berasakan yang pasukannya tidaklah berada pada prestasi terbaik ketika mereka membenam cabaran Sevilla ketika aksi UEFA Super Cup yang diadakan pada awal pagi Khamis waktu Malaysia.
Dalam perlawanan yang diadakan di Greece, City yang merupakan juara UEFA Champions League (UCL) pada musim lalu ‘berpeluh’ untuk menumbangkan Sevilla dengan pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.
Tandukan Youssef En-Nesyri pada minit ke-25 memberikan pendahuluan untuk juara UEFA Europa League sebelum Cole Palmer menyamakan kedudukan untuk City di separuh masa kedua.