JOHOR Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini mengambil tindakan mengejutkan apabila membuat keputusan tidak mengekalkan Eseteban Solari mengepalai Harimau Selatan walaupun sudah berhasil memberi kejayaan quadruple bagi musim 2023.
Posisi Solari digantikan oleh Hector Bidoglio, yang sebelum ini merupakan pengarah teknikal Harimau Selatan dan turut berpengalaman menjadi ketua jurulatih pasukan pada musim 2022.
Perubahan barisan kejurulatihan di kem Harimau Selatan itu nampaknya bukan hanya berlaku pada skuad utama dan simpanan kerana pasukan junior JDT FC juga mengalami perkara sama pada tahun ini.