ISU kewangan yang melanda Sri Pahang FC telah menimbulkan kekecewaan dalam kalangan pemain.
Sebelum ini, bek tengah Adam Nor Azlin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pihak pengurusan melalui hantaran di Instastory menyatakan ‘Janji tapi mungkir, munafik’ disertai dengan emoji wang berterbangan.
Kini, giliran penjaga gol Tok Gajah, Azfar Arif pula menyuarakan perasaan serupa.