Dengar Suria

Sukan

Leny Yoro tinggal selangkah sarung jersi Manchester United

PEMAIN pertahanan Lille, Leny Yoro dalam proses langkah akhir bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan menyelesaikan terma peribadi untuk menyertai Manchester United.

Menurut laporan David Ornstein, The Athletic pada Rabu, pada awalnya dia memilih untuk menyertai Real Madrid, namun akhirnya memilih Manchester United.

Yoro, 18, yang telah bermain untuk kelab Prancis tersebut sejak usia 16 tahun itu, kini dalam perjalanan ke Manchester United bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan menyelesaikan terma peribadi bersama pasukan itu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%