JOHOR Darul Takzim (JDT) sekali lagi memecahkan rekod tersendiri apabila meraih antara kemenangan terbesar dalam Piala Malaysia selepas menundukkan Kelantan FC dengan keputusan 9-0.
Keputusan itu menyaksikan mereka mara ke suku akhir pertandingan tersebut dengan agregat 14-1 selepas turut meraih kejayaan bergaya di tempat lawan tempoh hari.
Perhatian pastinya diberikan kepada pemain import baharu, Takehiro Kunimoto yang diturunkan buat pertama kali sejak diperkenalkan awal bulan lalu.