Dengar Suria

Sukan

Lebih fahami ‘fitness’ dan taktik pemain, Katsuhito Kinoshi beri jaminan Selangor bakal tampil lebih garang

KETUA Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi yang mengambil alih skuad Gergasi Merah pada 25 November lalu mengalami dua kekalahan berturut-turut sebagai jurulatih baharu pasukan itu.

Kekalahan terbaru adalah ketika tewas 1-2 bertemu Sri Pahang FC dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2024 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor pada Ahad.

Dua gol Sri Pahang masing-masing dicetak oleh pemain sayap Argentina, Manuel Hidalgo pada minit ke-25 dan pemain tengah, Sergio Aguero (m-84), manakala gol Selangor dijaringkan oleh kapten Gergasi Merah, Safuwan Baharudin minit ke-77.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%