KEPULANGAN Cristiano Ronaldo ke Manchester United pada musim 2021/22 tidak membuahkan hasil meskipun penyerang itu cukup berbahaya di hadapan pintu gol.
Dia yang cukup disanjung penyokong skuad The Red Devils sering dilabel ‘kambing hitam’ atas isu prestasi tidak menentu dialami mereka, lebih-lebih lagi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Berdasarkan laporan media Eropah, keengganan pemain antarabangsa Portugal tersebut untuk membantu pasukan sering menyebabkan benteng pertahanan mereka mudah dibolosi.