SEHINGGA hari ini, masih terdapat persepsi mengatakan atlet yang bersaing dalam kejohanan peringkat universiti tidak mempunyai masa depan cerah untuk melangkah ke peringkat seterusnya.
Ini kerana ramai beranggapan mereka lebih cenderung untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap pembelajaran demi menggenggam segulung ijazah berbanding terus berada dalam dunia sukan yang tidak menjanjikan masa depan cerah.
Malah, ada juga pandangan mengatakan atlet yang pernah berentap dalam Sukan Institut Pendidikan Tinggi (SUKIPT) dan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) akan ‘dianaktirikan’ pada tahun-tahun akan datang.