BINTANG bola sepak Perancis, Kylian Mbappe disiasat atas dakwaan merogol di Sweden berikutan kunjungan pemain Real Madrid itu ke Stockholm.
Selepas akhbar Sweden, Aftonbladet melaporkan satu dakwaan rogol dilaporkan kepada polis tanpa menyebut siapa yang dituduh, akhbar Expressen pula enyatakan pemain berkenaan menjadi suspek.
“Menurut maklumat yang diperoleh oleh Expressen, polis sedang menyiasat bintang bola sepak disyaki merogol dan menyerang secara seksual,” lapor akhbar tersebut.