KEPUTUSAN Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menghapuskan kuota import buat pasukan yang bertanding menyaksikan hampir kesemua kelab mengambil manfaat penuh daripada kelonggaran itu.
Contoh terbaik dapat disaksikan dalam dua wakil negara iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC menurunkan lambakan pemain luar negara berbanding memberi kepercayaan buat bakat tempatan.
Dalam beberapa aksi kebelakangan ini, skuad Harimau Selatan hanya meletakkan Arif Aiman Hanapi dan Natxo Insa sebagai bakat lokal dalam kesebelasan utama Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite, termasuk ketika mereka seri menentang Buriram United.